Sunday, October 29, 2006

Salam Aidilfitri dari kami di sini..


Anak-Anak kesayangan aku..
Nur Hatice Zaim (sebutan dia Nur Hatije) dan Sabahaddin Zaim (aku panggil dia Baddin)


Hatice dan baddin dengan coklat kesukaan depa.. coklat Cadbury



Halil ambik coklat dari hatice..
Kat sini raya makan coklat..


My family 2006


*A happy and chubby couple in love*
Aku dan Halil
Ni aku pakai baju mak aku..dia jahit masa tu aku duduk lagi kat langkawi.. more than 12 years ago..

Keluarga Zaim

Aku ada cerita mcm mana perayaan raya aku kat sini kat blog aku sendiri (click here).. Kalau korang rajin..baca la :0)

Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri

Bila aku baca entry hang mat kie... sejuk balik hati aku...aku ingat hang dah tak minat dah main blog esp kat geng mahsuri dah..terasa keseorangan pulak kat sini.. sedih ja aku..kalau aku membebel sorang sorang pun tak guna jugak terutamanya this blog is meant for our alma mater memory..dan aku walaupun kuat membebel especially in my own personal blog... bila kat blog ramai ramai ni nak bebel sorang tu tak best la.... Terima kasih la sebab hang masih meneruskan usaha hang utk mempromotekan blog kita..kat reunion lagi tu..wei aku jelessssss.....
i really really hope that all our friends akan sekurang kurangnya masuk blog ni.. dan kalau depa sanggup jadi member blog ni..lagi la best.. boleh la kita sama sama dengaq their point of view pulak... masa dulu... dan sekarang...about their present lives etc etc..
So Kengkawan Mahsuriku SEKEliaN...
kalau korang berminat nak jadi blog ni punya tukang bebel (in a good way...eh korang bila lagi nak kutuk member sendiri?) hehehe... Please..please do send me an email... ..hantaq email kat aku kat
dan aku akan hantaq kat korang an invitation mail to join this blog.. all u have to do is to accept the invitation dan lepas tu... korang boleh access this blog as the contributors..
Malam ni malam Lailatul Qadar... marilah kita membanyakkan ibadat.. dan tak lama lagi..aku tak sure kat Malaysia raya bila....kat turki ni raya hari isnin.. mesti korang semua dok sibuk buat segala persiapan baju raya kan? siapkan duit raya utk anak sedara.. (takkan hangpa dah tua dok ambik duit raya kot??? hehehe)..sapa yg dah kawin tu..siap kuih raya...beli baju kat anak anak (kalau hangpa ada anak).. yg single tu... mesti dok siapkan baju nak melaram ...entah baju berapa pasang hehehe..
aku baju raya dah bertahun tak buat...asyik dok recycle baju kurung yg aku kebas dari my mom n my lil sis..tapi sejak dua menjak dah gemuk sesangat ni.. baju tu pun sendat.. ntah nak pakai baju apa tahun ni... kat turki ni...raya biasa saja.. nanti aku update pasal raya kat istanbul ni.. gambaq lambat sikit la.. hangphone snap tak leh nak buat sebab hp rosak..kena pakai camera tok kadok jugak la aku :0)
Sempena bulan yg mulia ni.. aku dan family.. terutamanya aku la... memohon ampun dan maaf kat korang semua atas segala kesilapan.. salah tutur ka..salah action ka yg mungkin pernah mengguris hati korang semua... aku ni jenis cakap ikut suka hati ja...still ikut cakap ikut suka hati.. heheh ..so mesti at one point during our friendship or foe (kot kot la kita pernah bermusuh)....aku pernah menyakitkan hati sorang..
Aku mintak maaf zahir dan batin..
Salam Aidilfitri
untuk Semua di mana saja korang berada...
I hope that one day i too can join u all for the reunion..coz Mahsuri is always in my heart..

Jgn lerrr terasa...

Simah aku minta maaf berbanyak-banyak lerr...dah sunyi berbenar kita punya blog. Aku mmg respect pasal hang tak pernah give-up dan blog ini salah satu cara hang nk mendekatkan diri hang ngan member-member kita yang lain...

Hang jagan risau....sepanjang 'pertapaan' aku, Blog ini dah aku uar-uarkan pada bacth kita kat sekolah mahsuri...antara member yang betoi rindu kat hang si Salizan dan Yusmizan Aziz...

Semalam aku baru aje menghadiri satu mesyuarat reunion yang mana kebanyakkan semua budak lelaki Mahsuri hadir...kalau tak silap aku bukan setakat budak kelas hang saja...semua wakil dari kelas sains sampai ke budak 5 sastera 4...aku mmg teruja dengan semangat depa...dah lerr tu, itu adalah mesyuarat kedua mereka sempena reunion masa hari raya nanti(first meeting aku tak pi)...sebenarnya banyak agenda yang mereka cuba ketengahkan...antaranya menubuhan persatuan bekas2 pelajar Mahsuri dan akan didaftarkan...dan kita akau kutip yuran untuk dijadikan dana...dalam masa yang sama kita dapat jalankan aktiviti tanpa mengira masa dan ketika

Pada Mesyuarat itu aku ada bercakap sikit ttg our blog yang diwujudkan oleh hang...mmg depa betoi2 excited!! aku berjanji akan cuba mendokumentasikan reunion tersebut aku aku masuk semua pic dalam blog nie untuk tatapan hang dan semua org yang join blog kita nanti...yang bestnye ada gak budak2 SMK Tunku Putra Pdg Matsirat...mmg depa teruja beb!!!

So hang bersedia lerr aku akan buat promosi besar-besaran pada reunion nanti....tunggu ledakan itu yek!